Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur kehadrat ilahi
kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya Nurin
Zafirah Binti Mohd Nasir dari kelas Pendidikan Islam 4 ingin membincangkan
refleksi mengenai subjek GKK 1043 kecergasan dan kesihatan diri. Apakah itu
refleksi? Refleksi ialah satu proses untuk mengingat kembali apa yang telah
berlaku, menyatakan perasaan sendiri terhadap peristiwa tersebut, dan akhirnya
memberi pendapat apa yang perlu dilakukan.
Seperti yang diketahui, pendidikan kesihatan ini amat penting untuk dipelajari. Definisi kesihatan menurut WHO, adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial. Seterusnya, kecergasan fizikal bermaksud kemampuan dan kebolehan melakukan aktiviti seharian tanpa berasa lesu serta mempunyai lebihan tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Kelebihannya ialah kecergasan berasaskan kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, obesiti, dan lain-lain. Komponen kecergasan berasaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan komposisi badan. Seseorang yang menitikberatkan hal ini akan dapat menjamin kesihatannya dan memastikan fungsi badan berjalan dengan baik.
Sebelum saya masuk ke IPG, saya hanya sekadar menonton televisyen di rumah sahaja dan sudah berbulan-bulan tidak bersenam kerana amat malas. Badan saya sentiasa berasa lesu dan tidak cergas kerana banyak menghabiskan masa dengan tidur dan terperap di dalam rumah. Namun, saya telah mula menyedari kepentingan bersenam apabila belajar kursus GKK 1043 ini. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk menganalisis data ujian SEGAK yang telah dilakukan baru-baru ini. Sebelum ini saya sudah pernah menjalankan ujian pra SEGAK pada bulan Julai yang lalu dan pada bulan ini iaitu pada bulan September ini telah dilakukan ujian post untuk SEGAK. Terdapat data-data yang dapat dikumpul dalam tempoh 2 bulan itu untuk melihat perbezaan skor yang diperoleh pada ujian terdahulu dan yang terbaru ini. Pada ujian pra yang lalu, berat badan saya ialah 39kg dan tinggi pula ialah 148cm. skor BMI yang diperoleh ialah 17.8 iaitu di tahap tidak normal. Manakala, sewaktu ujian SEGAK kali kedua telah dijalankan berat badan saya telah meningkat sebanyak 41kg dan tinggi ialah 150.5 dan memperoleh skor 18.1 iaitu masih berada pada tahap tidak normal lagi. Ini mungkin disebabkan saya kurang makan makanan yang lebih berkhasiat kerana kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam makanan seharian.
Seterusnya, ujian
SEGAK yang dilakukan ialah ujian naik turun bangku. Kadar denyutan nadi pada
ujian pra ialah 90 iaitu berada pada tahap kecergasan yang tinggi manakala pada
ujian post skor yang diperoleh 100. Ujian post bagi ujian naik turun bangku ini
sedikit menurun tetapi masih pada tahap cergas. Saya dapat memastikan kedaan
masih berada pada tahap cergas kerana sering naik turun tangga pada setiap hari
ketika ingin ke kelas. Hal ini membuatkan saya tidak mudah berasa penat apabila
melakukan ujian naik turun bangku ini. Selain itu, ujian tekan tubi juga
dijalankan. Pada ujian yang lalu saya mampu membuat sebanyak 20 kali sahaja
tekan tubi manakala pada ujian post ini saya telah menunjukkan peningkatan yang
amat baik kerana mampu membuat sebanyak 30 kali tekan tubi baru-baru ini. Disini
menunjukkan daya tahan otot saya pun sudah dipertingkatkan. Saya sentiasa
mencabar diri saya dan meletakkan target untuk meningkatkan bilangan tekan
tubi. Saya akan membuat tekan tubi pada setiap minggu dan memastikan ada
peningkatan.
Antara ujian lain yang jelas nampak perbezaanya ialah ujian jangkauan melunjur. Skor yang diperoleh untuk saya menolak blok kayu pada jangkauan melunjur itu ialah sebanyak 26 cm. ujian post saya telah Berjaya menolak blok kayu itu sebanyak 32cm. Ini menunjukkan badan saya sudah mampu untuk melentur dengan baik. Saya mampu untuk melakukan peningkatan ini kerana saya sentiasa melakukan regangan badan dan sedikit pemanasan badan. Sebelum ini saya hanya melakukan regangan dan pemanasan hanya pada waktu GKK sahaja tetapi setelah mengetahui tentang kelebihan dan kepentingannya saya sentiasa mengamalkannya pada setiap hari terutamanya pada waktu pagi sebelum saya melakukan sesuatu aktiviti. Sebelum ini saya akan mengalami kekejangan otot setelah melakukan ujian ini, tetapi setelah saya mengamalkan regangan pada setiap hari masalah itu sudah tidak terjadi. Hal ini kerana regangan dapat mengurankan pengumpulan asid laktik. Regangan dapat meneutralkan kesan asid laktik dengan cara mengembalikan pengaliran darah ke otot dan sekaligus menyingkirkan asid laktik daripada tubuh melalui respirasi.
Antara ujian lain yang jelas nampak perbezaanya ialah ujian jangkauan melunjur. Skor yang diperoleh untuk saya menolak blok kayu pada jangkauan melunjur itu ialah sebanyak 26 cm. ujian post saya telah Berjaya menolak blok kayu itu sebanyak 32cm. Ini menunjukkan badan saya sudah mampu untuk melentur dengan baik. Saya mampu untuk melakukan peningkatan ini kerana saya sentiasa melakukan regangan badan dan sedikit pemanasan badan. Sebelum ini saya hanya melakukan regangan dan pemanasan hanya pada waktu GKK sahaja tetapi setelah mengetahui tentang kelebihan dan kepentingannya saya sentiasa mengamalkannya pada setiap hari terutamanya pada waktu pagi sebelum saya melakukan sesuatu aktiviti. Sebelum ini saya akan mengalami kekejangan otot setelah melakukan ujian ini, tetapi setelah saya mengamalkan regangan pada setiap hari masalah itu sudah tidak terjadi. Hal ini kerana regangan dapat mengurankan pengumpulan asid laktik. Regangan dapat meneutralkan kesan asid laktik dengan cara mengembalikan pengaliran darah ke otot dan sekaligus menyingkirkan asid laktik daripada tubuh melalui respirasi.
Seterusnya ujian yang paling sukar iaitu ujian bleep. Pada ujian pra SEGAK saya telah mencapai aras dua peringkat empat manakala pada ujian post saya menunjukkan peningkatan yang agak baik lagi kerana saya Berjaya mencapai aras tiga peringkat 1. Saya dapat melakukan peningkatan ini kerana sering berjoging ke pantai berhampiran pada setiap hujung minggu untuk mendapatkan stamina yang tinggi. Selain itu saya juga sentiasa mempunyai rehat yang cukup untuk memastikan saya kekal cergas.
Kesimpulannya, subjek GKK 1043 kesihatan diri dan kecergasan ini amat penting dan ia telah membuka minda saya untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri saya. Oleh kerana itulah saya telah berubah kepada cara hidup yang lebih sihat dan mencari cara untuk mencapai target yang saya tetapkan. Saya akan terus mengambil inisiatif bagi meneruskan senaman kerana terdapat banyak kebaikan bagi saya.
RUJUKAN
Definisi
Kesihatan-Institut Penyelidikan Pembangunan Malaysia. (2012, 2 27).
Retrieved from https://www.ippbm.gov.my/dokumen/faktabelia/04.Kesihatan.pdf
Isdar, Z. (2012, Dec 22). Konsep Kesihatan &
Gaya Hidup. Retrieved from
https://www.slideshare.net/zanaidsar/konsep-kesihatan-gaya-hidup
Khor, W. (2018, May 22). Apakah Maksud Kecergasan
Fizikal. Retrieved from
https://www.scribd.com/document/379882328/Apakah-Maksud-Kecergasan-Fizikal
Mohammad, H. (2018, may 12). Kuatkan Otot
Tingkatkan Stamina. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2018/05/424586/kuatkan-otot-tingkatkan-stamina
Pua, L. (n.d.). Apa itu Kecergasan? Kecergasan
Fizikal Berasaskan Kesihatan @ BULLET Ketahanan Sistem Jantung(Kecergasan
Aerobik). Retrieved from
https://www.academia.edu/6768694/Apa_itu_Kecergasan_Kecergasan_Fizikal_Berasaskan_Kesihatan_at_BULLET_Ketahanan_Sistem_Jantung_Kecergasan_Aerobi



No comments:
Post a Comment